Tuesday 19 June 2012

DEFINISI PANTUN :

    Pantun merupakan sesebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa jua tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesetuatu maksud yang tetentu. Ia bertujuan untuk memperindahkan lagi sesebuah ucapan yang ingin berikan. 


    Dalam konteks tersebut, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana ia dapat menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa NUSANTARA.


    Orang melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya. Lazimnya pantun terdiri daripada 4 baris dan berakhir dengan pola " a-b,a-b "


    Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai parikan manakala dalam bahasa Sunda pula dikenali sebagai papirikan.


    Pada zaman dahulu, pantun merupakan sastera lisan, namun sekarang ia dijumpai dalam bentuk brtulis. Di samping itu, pantun juga mempunyai peranan tersendiri iaitu pantun merupakan adat memelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. 

    Pantun melatih seseorang untuk berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain. Pantun juga merupakan warisan orang melayu sejak dari dahulu lagi.


    Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihatkan daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai murni.

No comments:

Post a Comment