Monday 25 June 2012

DEFINISI SELOKA :



     Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional. Seloka ialah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai skima rima yang tetap.       Seloka dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau. 

    Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka.Seloka dijadikan sebagai sesuatu  perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam.

FUNGSI SELOKA :



@ Fungsi seloka amat terbatas.
@ Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. 
@ Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. 
@ Selain itu, puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. 

CIRI-CIRI SELOKA :

+ Sejenis puisi 2 baris/ kerat
+ Mempunyai 16 suku kata yang disusun dalam 4 unit
+ Mempunyai 4 baris seloka / lebih
+ Bebas dari segi rima
+ Isi ialah pengajaran dan nasihat tetapi disampaikan dalam nada yang berbentuk nada menyindir dan mengejek / dalam nada jenaka 

JENIS-JENIS SELOKA:



> Seloka sindiran
> Seloka mengejek
> Seloka menempelak
> Seloka nasihat
> Seloka pengajaran
> Seloka khayal
> Seloka gurau senda

Saturday 23 June 2012

CONTOH SELOKA:

Seloka pak pandir:


Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.


Seloka pak kaduk:


Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.


Seloka si luncai:


Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan,biarkan ..!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.



Wednesday 20 June 2012

DEFINISI SYAIR :



    Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Setiap rangkap dalam syair mengandungi sebanyak 4 baris dan kesemuanya membawa makna isi dan maksud yang ingin disaampaikan. Keempat-empat baris tersebut berirama sama.

     Selain itu, syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Ia dianggapkan milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

    Di samping itu, syair juga  membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

    Syair juga sering membawa makna isi yang behubung dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasaskan sejarah atau dongen.

FUNGSI Syair :




~ Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.
~ Syair dijadikan sebagai hiburan. Ia sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu. Contohnya : pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
~ Selain itu, ia juga digunakan dalam adat perkahwinan.
~ Syair juga dilagukan atau dinyanyikan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu. Contohnya: dalam dabus atau boria.
~ Di samping itu, kemerduan suara atau kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
~ Syair juga digunakan untuk menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu tersebut. Contohnya: dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran.

CIRI-CIRI SYAIR :




* Setiap rangkap terdiri daripada 4 baris.
* Setiap baris syair mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan.
* Mempunyai antara 8 hingga 12 jumlah suku kata sebaris.
* Rima baris berirama sama dan berakhir dengan ‘ a-a-a-a’.
* Dalam syair, setiap 1 baris terdapat suatu hentian (pause)
* Setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.
* Syair juga ialah 1 pernyataan yang berlarutan. Contohnya untuk mengemukann cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.
* Mempunyai awalan dan akhiran.   

JENIS-JENIS SYAIR:



. Syair naratif / syair cerita:
   ~ Syair sejarah
   ~ Syair romantis
   ~ Syair simbolik/ kiasan.

. Syair non-naratif / syair bukan cerita:
   ~ Syair agama
   ~ Syair nasihat
   ~ Syair teka-teki

CONTOH SYAIR :


CONTOH SYAIR :

Seri Negeri gelaran diberi
Sebuah pulau cantik berseri
Bernaung dibawah sebuah negeri
Raja berdaulat Paduka Seri

Lautnya biru pantainya indah
Makam Mahsuri lagenda sejarah
Puteri Melayu tak mudah menyerah
Tujuh keturunan dimakan sumpah

Pulau lagenda dimakan sumpah
Tujuh keturunan tamatlah sudah
Kini makmur melimpah ruah
Semua penghuni tersenyum megah



Pergi ke kedai membeli barang
Terjumpalah orang yang garang
Percakapan janganlah sebarang
Tujuan untuk semua atau seorang


Kaum kerabat dipandang lata
Orang tua suka melata
Orang yg miskin janganlah dikata
Haram dilihat sebelah mata

Contoh yang wujud bukan sedikit
Gunung tinngi menjadi bukit
Tanahnya mula runtuh berdikit-dikit
Ibarat badan yang sakit

Pergi ke hutang seorang saja
Mengutip pegaga di dalam paya
Hendak lai dari mulut naga
Tetapt termasuk mulut buaya

Tuesday 19 June 2012

DEFINISI PANTUN :

    Pantun merupakan sesebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa jua tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesetuatu maksud yang tetentu. Ia bertujuan untuk memperindahkan lagi sesebuah ucapan yang ingin berikan. 


    Dalam konteks tersebut, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana ia dapat menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa NUSANTARA.


    Orang melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya. Lazimnya pantun terdiri daripada 4 baris dan berakhir dengan pola " a-b,a-b "


    Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai parikan manakala dalam bahasa Sunda pula dikenali sebagai papirikan.


    Pada zaman dahulu, pantun merupakan sastera lisan, namun sekarang ia dijumpai dalam bentuk brtulis. Di samping itu, pantun juga mempunyai peranan tersendiri iaitu pantun merupakan adat memelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. 

    Pantun melatih seseorang untuk berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain. Pantun juga merupakan warisan orang melayu sejak dari dahulu lagi.


    Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihatkan daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai murni.

FUNGSI PANTUN :

~  Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan,dan adat  istiadat.

~  Pantun ialah alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.

~   Ia juga dijadikan sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda. Contohnya : pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.

~   Selain itu, ia juga dijadikan alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-terang.

~  Pantun juga adalag alat bagi menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan. Contohnya : pantun teka-teki, pantun peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adatatau teromba.

~   Ia juga merupakan  alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat. Contohnya :  sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan,cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya.

CIRI-CIRI PANTUN :

* sesebuah pantun wujud dalam 1 rangkap yang sempurna dari segi maknanya.


* Setiap rangkap pantun terbahagi kepada 2 baris :
         > bahagian pembayang
           > bahagian maksud


* Bagi pantun 4 kerat,baris 1 dan 2 adalah pembayang, manakala baris 3 dan 4  adalah maksud.


 * Rima dan bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.


 *  Bagi pantun 2 kerat pula,baris 1 adalah pembayang, manakala baris 2 adalah maksud.


 * Bagi pantun 2 kerat, rima ahir adaalah dalam bentuk 'a-a'.


 * Bagi pantun 4 kerat, rima akhir dalam bentuk ' a-b-a-b'.

JENIS-JENIS PANTUN :

Pantun 2 kerat


Pantun 4 kerat
    ~pantun kanak-kanak
    ~pantun jenaka
    ~pantun bersuka cita
    ~pantun berduka cita
    ~pantun kiasan
    ~pantun budi
    ~pantun nasihat
    ~pantun agama
    ~pantun kasih sayang
    ~pantun nasib
   
Pantun 6 kerat


Pantun 8 kerat

Pantun 10 kerat


pantun 12 kerat


Pantun berkait

Monday 18 June 2012

CONTOH PANTUN :


pantun 2 kerat:   
                                                           
Mengambil air tepi perigi,                                                 
Kepada semua Selamat Pagi.
                                                                                                                                                                                                                  
Rajin sungguh anak Pak Abu,                                        
Hari panas menanam labu.                                       
                                                                                                                                                
Pergi kedai membeli barang,                                           
 kenapa manusia suka berperang.
                                                                                                              
Masak lemak cili api,
Jangan suka main api       


 pantun 4 kerat: 

 Kanak-kanak membakar mercun,
 Mercun dibakar di dalam kotak;
 Kalau kita mandi tidak bersabun,
 Badan tetap berbau hapak.


Apa guna pakai pelita,                               ,                                                                              
Kalau tidak bersumbu panjang,                 ;                                                                          
Apa guna bermain mata,                          ,                                                                     
Kalau tidak berambut panjang.                
                                                  
 Minum air guna cawan,                                                                              
 Hidup mesti ramai kawan;                                                                                                 
 Kalau kita hidup bermusuhan,                                                                                 
Bagaimana hendak hidup aman.
     
Pergi Kuala menaiki perahu
Perahu diikat di tiang kayu;                       
kalau hidup kita berilmu,                           
Sampai mati dikenang selalu. 

                                                                                             .

Berburu ke hutan                     
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar,.              
Ibarat bunga kembang tak menjadi.


Pantun 6 kerat:

Kelang Kuala Lumpur,                                        Si adik di rumah,
Setapak si Batu Empat,                                       Bermain batu seremban seorang diri,
Singgah di rumah Datuk Kayan,                          Si abang pula datang ke mari;
Pergi ke Kelang duit nan sungkut,                      Membeli kuih kegemaran si adik,
Nan di rumah habis bergadaian,                          Marilah adik duduk di sini;
Badan di mabuk perasaan.                                 Kita berbual sama-sama.


Bermain-main si anak kerbau,                                 Jalan kaki berbatu-batu
 Cukup takut pabila mandi,                                       Pergi ke sekolah untuk belajar,
Lari keluar masuk ke kota,                                        Sampai kelas terus duduk,
Sayang kawan masa bersuka,                                    Ingatlah kawan pesanan guru kita,   
Sayang  emak sayang abadi,                                     bersusah-susah dahulu, 
Sayang kekasih ketika bercinta                                Bersenang-senang kemudian

 Ibu memasak nasi lemak,                                          
 Adik pula sedang melompat,
Melari sana dan sini saja kerjanya
Abang sedang semak keputusan,
 Dalam gulai banyak lemak,
 Janganlah jadi  lemak santan.

Pantun 8 kerat:

   Korek perigi di tepi seberang,                                                                Kakak sedang goreng telur,
Tepi parit tumbuh mengkudu,                                                                          Nenek pula makan sirih pinang,
Berselang dengan pohon puding,                                                                Negeri kita negeri perak,
Hidup subur kanan dan kiri,                                                                              Permainan baru saja permulaan,
Tuan pergi dagang seorang,                                                                           Masuk kelas mesti beratur,
Tiada saudara tempat mengadu,                                                                    Rumah abang di Pulau Pinang,
Tiada saudara tempat berunding,                                                                 Dinding rumah mula retak,
Pandai-pandailah membawa diri.                                                                     Marilah kita bermaaf-maafan

Pokok bunga di tepi jalan,                                                                                                                                                             Dihembus angin jatuh ke bawah,                                                     
Ilmu yang baik perlu diamalkan,                                                                                
Bagai pokok yang berbunga,                                                               
Ayah ajak berjalan-jalan ,                                                                     
Baju akak jatuh bawah,                                                                        
 Pelajaran janganlah kita tinggalkan,                                                  
Buatlah keluarga kita berbangga,                                                    

  Layang-layang tersangkut dicelah dahan,
Tempat sarang burung diletak ,
Bermain kejar anak rusa
 Tampak dari tanah seberang;
  Bersyukurlah kita kepada Tuhan,
  Kalau nasib memang begitu,
   Akan terseksa sepanjang masa,                                                                                                                   
  Harapkan sahaja kasihan orang .                                         


Daun kelapa ditiup angin,
Daunnya kering jatuh ke tanah,
Makanan yang dihidang janganlah ditolak,
Marilah makan beramai-ramai,
Kakakku yang mudah naik agin,
Rakanmu telah berpindah,
Hadiahkan mu seekor landak
Mari kita pergi jenguk beramai-ramai


Pantun 10 kerat:

Pokok bunga tanam keliling,
Dalam kotak baja dah habis,
Malam semalam terlupa beli,
Hendak ke kedai panas terik,
Menunggu saja masa berlalu; 
Apabila idea sudah kering,
Tentu tidak boleh menulis, 
Bukanlah mudah dipaksa jadi,
Kelak hasilnya tidak menarik,
Orang membaca tentu jemu.   


Bersama jiran bertegur sapa,
Jemput semua minum kopi,
 Baju adik berwarna merah,
 Bancuh kopi tambah gula,
 Terlebih gula pula rasa kopinya,
  Rakan abang datang dari melaka,
  Masuk rumah cucilah kaki                                                      
   Kakinya sudah berdarah,
  Banyak darah keluarlah pula,
 Akibat terpijak kaca agaknya


Pantun 12 kerat:

Rotan sepatah dua patah
Tarik kerakap batang padi
Dibawa sultan dari Judah
Padi yang jangan digemparkan
Kalau gempar antara gugur
Bila gugur masuk perigi
Tuan di Mekah di Madinah
Naik akhirat batu haji
Tegak berdiri Rasululah
Kami yang jangan dilupakan
Kalau lupa antara tidur
Dalam tidur menjadi mimpi



 Cakap jangan sebarang cakap,
 Buat jangan sesuka hati,
Yang lepas biarlah sudah,
 Janganlah kita ungkitkan,
 Kerna perkara itu sangat sedih
 Bila disebut sakitnya hati,
 Adikku sudah pandai bercakap,
comel rupanya memakai pendakap gigi,
Jangan biarkan bajubasah,
Cepatlah kita keringkan,
Kalau tidak basahnya lebih,
Bagaimana kita nak  memakai..

Pantun berkait:

Kalau tuan pergi ke Tanjung
    Kirim saya sehelai baju
Kalau tuan menjadi burung
    Saya menjadi ranting kayu... 
Kalau tuan pergi ke Tanjung
    Belikan saya pisau lipat
Kalau tuan menjadi burung 
    Saya menjadi benang pengikat 


Pergi kuala menaiki perahu,
Perahu diikat di tiang kayu,
Kalau kita hidup berilmu,
Sampai mati dikenang selalu.
   Perahu diikat di tiang kayu,
Kayu bernama si kayu jati,
Kalau hidup kita berilmu,
Janganlah kita terlalu meninggi diri.