Tuesday 31 July 2012

TEROMBA ; TEROMA ADAT


Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.


Adat dipakai baru,
Kain dipakai usang.


Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang.


Lembaga berlingkungan,
Undang kelintasan.


Duduk meraut ranjau,
Tegak meninjau jarah.


Ke darat Adat Pepatih,
Ke laut Adat Temenggung.


Ke laut berteromba,
Ke darat bersalasilah.


Adat bersendi hukum,
Hukum bersendi Kitab Allah.



  • puisi-berbentuk teromba
  • 8 rangkap
  • 2 baris dalam serangkap
  • 3 hingga 4 perkataan dalam sebaris
  • 5 hinnga 9 suku kata dalam sebaris
  • rima akhir(a-b-a-b)
  • teromba-tidak terikat
............................................................................................................................

penegasan
  • hiperbola : rangkap 1-baris 1 dan 2, rangkap 8-baris 1
  • inversi : rangkap 2 baris 1
  • personafikasi : rangkap 4 baris 1
  • aliterasi : pengulangan vokal ''e'' sebanyak 3 kali- rangkap 6 baris 1
  • asonansi : pengulangan konsonen ''d'' sebanyak 2 kali- rangkap 8 baris 1
..................................................................................................................................................

persoalan dari rangkap 1 hingga 8
  • rangkap 1- adat yang diamalkan tidak dibawa mati
  • rangkap 2- adat lama yang telah dilupakan
  • rangkap 3- adat yang baik sentiasa diaamalkan
  • rangkap 4- bersama-sama ketika dalam kesusahan
  • rangkap 5- hti yang tidak tetap
  • rangkap 6- perbezaan adat yang diamalkan
  • rangkap 7- perbezaan tatasusila 
  • rangkap 8- adat berasaskan kitab
.........................................................................................................................................

tema
  • mengisahkan penggunaan adat




Monday 30 July 2012

TALIBUN KEINDAHAN DAN KEMAKMURAN NEGERI



Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada  besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Mendera selawat ibu ayamm
Helang disambar punai tanah.
Seumpama  kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah
Cari di daratboleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.

  • puisi-berbentuk talibun
  • 1 rangkap
  • 20 baris dalam serangkap
  • 3 hingga 6 perkataan dalam sebaris
  • 8 hingga 14 suku kata dalam sebaris
  • mempunyai jeda
  • rima akhir bebas
  • gurindam terikat
.......................................................................................................

Penegasan
  • Hiperbola > bukan kepalang
  • Simile > bagai dibentang, seumpamakundur dengan labu, sejuk dingin seperti ular cintamani
  • Anafora > jikalau (baris 7,8),cari (baris 14,15)
  • Epifora > tanah (baris 8,10),balam (baris 6,7)
  • Paradox > helang disambar punai tanah (baris 10),kecil pohon besar  buahnya (baris 12)
  • Responsi > boleh,di (baris 14,15)
  • Asonansi -pengulangan konsonen ''t'' sebanyak 2 kali : baris 17 (lembu kerbau penuh di tengah
  • Aliterasi - pengulangan vokal ''u'' sebanyak 4 kali : baris 11 ( seumpama kudur dengan labu
  • Personafikasi > baris 13 ( negerinya beruntung bandar rayanya bertuah )
  • Inversi > baris 10 ( helang disambar punai tanah
  • Bahasa asing/bahasa arab > balam
...................................................................................................................................................................

Persoalan 
  • Keindahan negeri
  • Kemakmuran sebuah negeri
  • Rezaki yang terdapat di merata tempat
.............................................................................................................

Tema : keindahan dan kemakmuran negeri

............................................................................................................................

Nilai kemasyarakatan
  • masyarakat yang beruntung
  • masyarakat yang rajin mencari rezaki
  • masyarakat yang cinta akan keindahan dan kemakmuran

GURINDAM TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT



Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagar duri.

Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal  kasa dan cindai.
  • puisi -berbentuk gurimdam
  • 5 rangkap
  • 2 baris dalam serangkap
  • 4 hingga 5 perkataan dalam sebaris
  • 8 hingga 11 suku kata dalam sebaris
  • mempunyai jeda(hentian)
  • rima akhir (a-a-a-a)
  • gurindam-berbentuk terikat
........................................................................................

Penegasan
  • Hiperbola
                rangkap 5 baris 1 ( hukum adil atas rakyat )
  • Metafora
                rangkap 3 baris 1 (betul hati kepada raja )
  • Inversi
                rangkap 3 baris 1 (betul hati kepada raja ),
                               8 baris 2 ( tanda rahmat atas dirimu )
  • Anafora
                 rangkap 4,6,8,10 baris 2 perkataan ( tanda)
  • Aliterasi
                pengulangan vokal ''a'' sebanyak 6kali ( raja muafakat dengan menteri )

  • Asonansi
                  pengulangan konsonen ''n'' sebanyak 3kali ( hormat akan orang pandai )
  • Bahasa Arab
                      ( inayat )

..........................................................................................................................

Persoalan dari rangkap 1 hingga 5 

   rangkap 1 : kerjasama antara raja dan menteri untuk mendapatkan kedamaian
   rangkap 2 : ketaatan yang boleh membawa kepada kelancaran aktiviti yang dijalankan
   rangkap 3 : raja yang bersikap adil
   rangkap 4 : kasih orang yang berilmu akan memperolehi rahmat
   rangkap 5 : hormat akan orang yang pandai
............................................................................................................................................................

Tema  : kerjasama antara rakyat dan raja

.................................................................................

Nilai kemasyarakatan

- Hormat-menghormati
- Tolong-menolong
- kasih sayang
- Bekerjasama
...................................................................................................

Pengajaran

  • kawalan sosial
  • mendidik
  • sebagai alat hiburan
.........................................................................................

Fungsi : memberi nasihat


Sunday 29 July 2012

GURINDAM NORMA-NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI


Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.

Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.

Suami tempat isteri bergantung,
kepadanya serahkan nasib dan untung.

Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak jadi kurus.

Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa.

Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai ke tua.




> puisi- berbentuk gurindam
> 7 rangkap
> 2 baris dalam serangkap
> 4 hingga 5 perkataan dalam sebaris
> 8 hingga 12 suku kata dalam sebaris
> jeda(hentian) di tengah
> mempunyai kesatuan idea
> rima akhir (a-a-a-a)
> gurindam berbentuk terikat

...................................................................................

penegasan

Hiperbola

-       Rangkap 1 baris 1
-       Rangkap 6 baris 2
-       Rangkap 2 baris 1

Sinkop

-       Rangkap 5 baris 1

Metafora

-       Rangkap 6 baris 1

Inversi

-       Rangkap 7 baris 2
-       Rangkap 4 baris 1
-       Rangkap 4 baris 2

Anafora

-       Rangkap 1 ( Isteri-isteri)

Aliterasi

-       Pengulangan vocal ‘a’ sebanyak 5 kali dalam rangkap 1 baris 1

Asonansi

-       Pengulangan konsonen ‘t’ sebanyak 3 kali dalam rangkap 1 baris 1


Persoalan dari rangkap 1 hingga rangkap 7

Rangkap 1 : perlunya isteri yang cantik dan budiman untuk menjadi pasangan hidup
Rangkap 2 : perempuan yang beriman akan dimuliakan
Rangkap 3 : suami isteri harus ada sefahaman dalam hubungan untuk elak pergaduhan
Rangkap 4 : suami menjadi tempat isteri bergantung hidup
Rangkap 5 : suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isteri menderita
Rangkap 6 : peranan suami isteri
Rangkap 7 : persefahaman suami isteri sehingga ke-tua

Tema: peranan suami isteri dalam berumah tangga

Nilai Kemanusiaan:

-       Bekerjasama
-       Bertanggungjawab
-       Kasih sayang
-       Bertolak ansur
-       Keimanan
-       Hormat menghormati
-       Tolong menolong
-       Persefahaman





SELOKA PANDAI PAK PANDIR :


Anak dipijak dagang dijunjung
Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis badan tergadai!
Mendengar gelegak dagang,
Tak sedar bertelanjang;
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkok onak
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga yang menanggung..
Apa didengar gelagak dagang?
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram.
Kilat memancar hujan tak lalu..
Awak juga kecundangan....

  • puisi- berbentuk seloka
  • 1 rangkap
  • 17 baris
  • 3 hingga 5 perkataan dalam setiap baris
  • 7 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  • seloka- berbentuk bebas
  • rima akhir bebas
  • mempunyai jeda(hentian seketika) dalam setiap baris
  • mempunyai nada sindiran
..................................................................................


penegasan
  • sinkof(bahasa singkatan)-baris 5 dan 16  
          > perkataan( tak )
  • paradox(unsur bertentangan)-baris 1 dan 2
           > anak dipijak dagang dijinjing,
               kucing dibunuh tikus dibela
  • hiperbola(unsur melampau)-baris 4 dan 5
          > mendengar gelagat dagang,
                tak sedar bertelanjang
  • anafora(pengulangan awal ayat)-baris 14 dan 15
           > perkataan( orang )
  • responsi(pengulangan pertengahan ayat)-baris 14 dan 15
           > perkataan( dia )
  • personafikasi(sifat manusia yng diberikan kepada alam)-baris 10
           > gunting makan di hujunng
  • peribahasa-baris 6 dan 7
             > mendengar guruh di langit,
                   air di tempayan dicurahkan

....................................................................................................

Nilai kemanusiaan 
  •   berbudi
  •   baik hati

Nilai kemasyarakatan
  • mementingkan orang luar
  • suka mendengar khabar angin
  • mudah terpedaya
  • mengabaikan keluarga

persoalan
  • Sikap mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
  •  Sikap tamak akan merugikan diri.
  • Sikap tidak mahu berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara 
Tema : Sindiran terhadap sikap sesetengah manusia yang mudah mempercayai orang lain.
SYAIR IKAN TERUBUK:

FAKTA
IKAN TERUBUK
IKAN PUYU-PUYU
Asal :
Air masin , Siak,Riau
Air  tawar
Gelaran :
Raja/ Duli Baginda Seripada
Puteri Puyu-puyu
Pemerintah :
Kerajaan laut air masin
Kerajaan air tawar

Aspek estetika  :

FAKTA
   HIPERBOLA
Huraian :
Menyatakan sesuatu secara berlebihan
Contoh :
Pagi dan petang duduk bercinta

FAKTA
TERDIRI DARIPADA 4 BARIS SERANGKAP
Huraian :
 -Mempunyai 24 rangkap
-Setiap baris 4 rangkap
Contoh :
Mula dikarang ikan terubuk
Lalai memandang ikan di lubuk
Hati dan jantung bagai serbuk
Laksana kayu dimakan bubuk

FAKTA
TERDIRI DARIPADA 3-5 PATAH PERKATAAN
Huraian :
-mempunyai 3-5 patah perkataan dalam sebaris
Contoh :
Pagi dan petang duduk bercinta
Berendam dengan airnya mata
Kalbunya tidak menderita
Kerana mendengar khabar berita

FAKTA
TERDIRI DARIPADA 8-12 SUKU KATA
Huraian :
-mempunyai 8-12 suku kata dalam sebaris
Contoh :
Pari pun kembali menghadap baginda
Berdatang sembah lakunya syahda
Daulat tuanku duli Seripada
Tuan puteri sudah tiada

FAKTA
RIMA AKHIR TERDIRI DARIDADA (a-a-a-a),(a-b-a-b)
Huraian :
Mempunyai rima akhir (a-a-a-a) dan (a-b-a-b)
Contoh :
-rangkap 1 hingga 21 dan rangkap 24 (a-a-a-a)
-rangkap 22 dan 23 (a-b-a-b)

Friday 20 July 2012

PANTUN BUDI :

Pisang emas dibawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
     Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
      Budi yang baik dikenang juga.

Tenang-tenag air dilaut
      Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
      Budi yang baik rasa nak junjung.


  • puisi - berbentuk pantun
  • 3 rangkap
  • 4 baris dalam serangkap
  • 4 hingga 6 perkataan dalam setiap baris
  • 9 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  • pantun - berbentuk terikat
  • rima akhir : a-b-a-b
.......................................................................


penegasan :
  • personafikasi - * sifat orang kepada alam*
  • > hutang budi dibawa mati.
  • > budi yang baik rasa nak junjung.
  • inversi - *kata songsang*
  • > hancur badan : badan hancur
  • > budi baik : baik budi
  • paradox - *unsur bertentangan*
  • > masak sebiji diatas peti
PANTUN AGAMA :

Banyak hari antara hari,
       Tidak semulia hari jumaat,
Banyak nabi  antara nabi,
        Tidak semulia Nabi Muhammad.

Anak Ayam turun sepuluh,
          Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
           Minta ampun kepada Tuhan.



  • puisi - berbentuk pantun
  • 2 rangkap
  • 4 baris dalam serangkap
  • 4 perkataan dalam setiap baris
  • 9 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  • pantun - berbentuk bebas
  • rima akhir : a-b-a-c, a-b-a-b
..............................................................................
penegasan :
  • reptasi - nabi,hari
  • anafora - tidak,banyak
  • responsi - antara semulia
..............................................................................

metafora :
  • - tidak semulia nabi muhammad
  • - minta ampun     
    : ( perkara yang tidak dapat / tidak boleh dilihat)
..................................................................................

personafikasi :
  • - tidak semulia hari jumaat
...........................................................................

tema :
  • - keagamaan