Sunday 29 July 2012

SELOKA PANDAI PAK PANDIR :


Anak dipijak dagang dijunjung
Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis badan tergadai!
Mendengar gelegak dagang,
Tak sedar bertelanjang;
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkok onak
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga yang menanggung..
Apa didengar gelagak dagang?
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram.
Kilat memancar hujan tak lalu..
Awak juga kecundangan....

  • puisi- berbentuk seloka
  • 1 rangkap
  • 17 baris
  • 3 hingga 5 perkataan dalam setiap baris
  • 7 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  • seloka- berbentuk bebas
  • rima akhir bebas
  • mempunyai jeda(hentian seketika) dalam setiap baris
  • mempunyai nada sindiran
..................................................................................


penegasan
  • sinkof(bahasa singkatan)-baris 5 dan 16  
          > perkataan( tak )
  • paradox(unsur bertentangan)-baris 1 dan 2
           > anak dipijak dagang dijinjing,
               kucing dibunuh tikus dibela
  • hiperbola(unsur melampau)-baris 4 dan 5
          > mendengar gelagat dagang,
                tak sedar bertelanjang
  • anafora(pengulangan awal ayat)-baris 14 dan 15
           > perkataan( orang )
  • responsi(pengulangan pertengahan ayat)-baris 14 dan 15
           > perkataan( dia )
  • personafikasi(sifat manusia yng diberikan kepada alam)-baris 10
           > gunting makan di hujunng
  • peribahasa-baris 6 dan 7
             > mendengar guruh di langit,
                   air di tempayan dicurahkan

....................................................................................................

Nilai kemanusiaan 
  •   berbudi
  •   baik hati

Nilai kemasyarakatan
  • mementingkan orang luar
  • suka mendengar khabar angin
  • mudah terpedaya
  • mengabaikan keluarga

persoalan
  • Sikap mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
  •  Sikap tamak akan merugikan diri.
  • Sikap tidak mahu berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara 
Tema : Sindiran terhadap sikap sesetengah manusia yang mudah mempercayai orang lain.

No comments:

Post a Comment